Isim Perisai Badan , Amalan Panglima Dato Siamang Gagap Seri Menanti
Peringatan : Amalan ini perlu dan Wajib pada Ijazah Guru , sekiranya ingin mengamalkannya perlu berguru dan wajib diberi Ijazah terlebih dahulu , Barangsiapa yg mengamalkannya tanpa berguru jika seandainya terjadi apa2 seperti getaran kelabu misik atau Gila Isim maka tiada kaitan dgn kami kerna peringatan telah diberikan dan kami berlepas tangan .
Amalan ini adalah diperturun melalui Guru2 lama dan ia amalan Warisan Panglima Dato Siamang Gagap “ Kahar Bin Mukmin “ Seri Menanti
Tawar Apung Isim Perisai Badan dan Serapah Kuat serta Kebal badan :
Bismillah … Minhun Mukarrabin ,
Biram Batu Telaga Zaitun Minallah kebesaran bagi ku bangkitkan Allah Sernanting Jantan ,
Aku duduk dalam Insan Qamarullah ,
Digudam tiada pecah ,
Direndam tiada basah ,
Dibakar tiada Hangus ,
Ditikam tiada Murus ,
Kuat Kebal dalam sendi selerang tubuh aku ,
Tumbuhkan insan dalam insan besi Melela ditubuh aku ,
Besi Kursani bernama besi ,
Hai Besi kursani bangunlah engkau dalam empat kedudukkan dalam sendi selerang tubuh aku ,
Berkat aku memakai kuat serta kebal , Berkat kata “ Laa ilahaillah “ …
Bismillah … Basiyun Nafiyun ,
Mula2 asalnya Besi Embun menjadi buih ,
Buih menjadi batu ,
Batu menjadi Batu Kersani yg keras sekali ,
Aku minta kepada Allah
Haram aku dimakan besi ,
Tolak aku dimakan besi ,
Haram aku dimakan batu ,
Tolak aku dimakan batu ,
Haram aku dimakan kayu ,
Tolak aku dimakan kayu ,
Bismillah … Bismi Muhammad Sayid baginda Rasulullah ,
Batu Hamparan putih tegak berdiri dikiri kanan ku menahan berat serta ringan seperti pelampung ,
Ringan seperti kapas ,
Pelampung memalu kapas ,
Kapas memalu angin ,
Angin memalu tubuh aku ,
Berkat aku memakai kuat serta kebal , berkat kata “ Laa ilahaillah Hu “ …
Tawar Mandi Qudrah :
Mandi Tsum Mandi Allah , Mandi ku izin Allah , Se Patah Dua Urat ku bersambung ( bertampun ) , Dua Patah tiga uratku bersambung , tiga patah empat uratku bersambung , empat patah lima uratku bersambung , lima patah enam uratku bersambung , enam patah tujuh uratku bersambung , Akulah izin Ali , Qudrat ku Qudrat Ali , Utar2 Nama Jaghatku Daging ku Tembaga Tulangku besi , Pasak Besi pemasak besi , Besi diluar besi didalam , Kabul aku memakai putaran Ali , Kabul berkat berkata Laa ilahaillah …
# Amalan ini memerlukan keyakinan yg tinggi kerna setiap org yg telah mengambil ijazah perlu diuji dgn senjata tajam , kayu tajam atau kayu keras , Batu pembeduk yg besar keatas badannya utk menguji keampuhan Ilmu tersebut , Harap Maklum
Sekian , Wrote By Dpzi Antique
Hakcipta terpelihara Laksmana Ajie
" Badai Mencak Kelambit Biru "
Tidak ada komentar:
Posting Komentar