Sabtu, 04 Agustus 2012

Sebilah lembing Tua yg hanya tinggal bilah lembing dan temimnya sahaja diperolehi , Masih rupa Asal dan berkarat







 

Lembing Tua Pusaka Yg Ditebus dari Waris Dato Siputeh 
Masih berkeadaan Asal dan berkarat

Semasa ditebus hanya tinggal Bilahnya 
berukuran sekitar 9 inci setengah dan Temimnya 
( Perak Campuran )

Panjang Keseluruhan sekitar 15 inci 

Bilah Lembing ini seperti selalu digunakan pada masa dahulu utk bertempur kerana terdapat beberapa ciri yg ada padanya , semasa ditebus juga warisnya sudah berusia hampir 80 tahun usianya dan kata beliau semasa dia kecil dahulu pun seingatnya memang lembing ini sudah tiada batang kayunya , Bayangkan usia lembing ini ???

Bilah lembing ini juga ada berketandaan dan bertulang tetapi pamur masih belum diketahui kerna ia berkarat dan rasanya elok dibiarkan sahaja tanpa dicuci bilahnya kerna mengekalkan keasliannya 

Kepada yg berminat sila hubungi pihak kami, sekian Wasalam

( Dihantar utk pembikinan Sarung )



Tidak ada komentar:

Posting Komentar