Beberapa Kajian telah dilakukan dlm menghurai rupa bentuk keris ini, Keris Suku Biduando Rajo Pagar Ruyung ini amat mirip dan saling tak tumpah seni rekaan luaran dan dalamannya dgn Keris Tamingsari Milik Kerajaan Negeri Perak.
( Sila Lihat Foto2 Diatas dan bahagian yg di bulatkan )
Persamaan Pertama ialah Pada sampirnya, saling tak tumpah rekaannya. Persamaan Kedua ialah pada pangkalnya yg melebar dan mempunyai ekor cicak yg memanjang , dipangkal mata ia lebar dan apabila membawa kehujung matanya mengurus, hanya luk sahaja yg tidak sama tetapi keadaan fizikal matanya seakan sama seolah2 ia dibuat empu atau tukang yg sama.
Sampir Keris ini juga amat mirip sekali dgn Sampir keris yg disandang di Bahu Pahlawan Mat Kilau yg terdapat dlm gambar lama dibawah.
Lihat Dalam Bulatan
Kesimpulannya Keris ini bukan keris Sembarangan, ia berdarjat dan dimiliki org2 yg hebat ketika dahulu.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar