Selasa, 20 Maret 2012

Sekadar Coretan cerita yg tak perlu dibuat kajian, Kisah tentangan Tamingsari

Al Kisah Bahawa diberitakan dari seberang dan dari alam sebelah sana, bahawa trah keturunan mpu pembuat Tamingsari telah tamat dari pertapaannya, pesanan moyangnya harus dilaksanakan kerna adanya " Perjanjian ". Perlaksanaan telah dilakukan seawal 5 tahun yg lalu sebenarnya, secara rahsia dan sulit , hanya diketahui connection2 tertentu yg melibatkan keturunan mpu ini dgn beberapa guru silat atau pawang di tanah semenanjung.

Maka Alkisahnya bermula disini :
       "  Ketika Tuah dan Tamingsari menjadi buruan oleh pihak Portugis, salah satu jalan ialah melenyapkan bahan buktinya serta pemiliknya tanpa dimusnahkan atau dimatikan. Harus bagaimanakah caranya, maka ketika itu berbagai cerdik pandai telah dipanggil utk memberitakan kesudahannya. Terus seorang cerdik pandai dari kalangan org bangsawan juga telah memberikan idea yg boleh diguna pakai. Makanya Barangnya keris Tamingsari ini harus diceraikan bilahnya supaya tidak mengenal akan musuhnya, tetapi tidak harus di musnahkan atau dibuang. Walau sesudah diceraikan ia tetap mempunyai magnet antara satu sama lain kerna ia berasal dari badan yg sama.
          Diberitakan pula bahawa seramai 15 org tukang keris atau mpu telah dipergunakan kelebihan mereka utk menceraikan badan tamingsari ini, namun gagal dan menemui jalan buntu. seketika Si Tuah sendiri memberi cadangan agar dipanggil Mpu yg asal dari tanah jawa, maka utusan dihantar ketanah jawa. selang bebrapa ketika Mpu itu sampai juga ketanah melayu dijemput Raja. Dipegangnya Tamingsari dengan penuh rasa rindu kerna ia adalah hasil kerja tangannya sendiri menghasilkan sebilah keris sakti yg tiada tandingan. Hanya dgn menggunakan tangan sahaja tanpa apa2 alatan, tamingsari dipisahkan menjadi kepada empat bahagian, mewakili empat penjuru kaabah dan empat penjuru alam serta empat penjuru Utara , Selatan , Timur dan Barat. Makanya setiap satu bahagian dijadikan objek tertentu yg dirahsiakan yg pastinya ia bukan keris. Logam Asal keris tamingsari dijadikan kepada empat bahagian logam berbentuk objek tertentu, maka dipisahkan buat seketika setiap objek itu dan satu dipegang raja, dua dipegang laksamana tuah, tiga dipegang empu dan empat diletakkan di puncak gunung ledang.
         Diberitakan bahawa pemiliknya harus menepati syarat ditetapkan mpu sebelum keris dipisahkan, bahawa si Tuah harus di ghaibkan ke alam sebelah buat seketika sehingga bertemunya keempat2 logam itu diwaktu dan ketika tertentu. Setelah ditemukan keempat2 logam itu menjadi satu badan maka barulah dibenarkan Si Tuah muncul semula menuntut janji, bermaksud Si Tuah tidak mati dan dia duduk beristirehat sementara dialam sebelah sepertinya Nabi Isa A.S yg Diangkat kelangit dan akan turun pada hari penghujung kelak. Cuma hanya motifnya tidak diketahui apa sebenarnya helah atau rahsia disebalik berlakunya perkara ini.
        Diberitakan bahawa telah sampai serunya kepada waris keturunan Mpu ini utk menemukan semula logam2 keris yg dibahagikan empat tersebut. Dua Logam diberitakan sudah ada , iaitu satu logam mewakili keturunan Mpu yg diwariskan turun temurun sehingga kewaris yg sekarang, satu lagi Logam yg disimpan di Gunung Ledang. Hanya dua logam lagi yg belum diketemukan iaitu logam yg asalnya dipegang Raja yg asal dan Logam yg dipegang SiTuah. Maka diberitakan serba sedikit bahawa logam yg asalnya ditangan raja telah bertukar tangan kepada waris2 kerabatnya tetapi mereka tidak mengetahui yg itu logam asalnya tamingsari, harus dimanakah ia sekarang ??? Masih dalam pengesanan dan pencarian kerna amat sukar mengenalinya, hanya waris Mpu sahaja yg mengetahui rupa2 objek tersebut kerna ia wasiat keturunannya. Tidak mahu tidak harus dilaksanakan kerna ia " Perjanjian ".
         Maka dimanakah pula letaknya Logam yg dipegang Laksmana Tun Tuah ??? Adakah dibawanya bersama kealam sebelah atau di sembunyikan oleh beliau di dunia ini atau diserah pada sesiapa, tiada diketahui.... yg pastinya sampai bila pun pemburunya iaitu Pihak Portugis tidak akan dapat mengesannya kerna ia telah diceraikan.
         Maka terakhir diberitakan , bahawa setelah empat logam ini disatukan maka dihasilkan semula sebilah senjata, tidak pasti samaada keris ataupun pedang, maka diwaktu perjanjian telah tamat , maka diketuk pintu pustaka ilmunya si tuah agar kembali kedunia asalnya. Tidak pasti pula bila dan ketikannya waktu itu, yg pastinya pada waktu itu org Melayu sangat memerlukan seseorang seperti Laksmana Tun Tuah dan senjata Sakti beliau, Didalam kitab juga ada dinyatakan bahawa pada satu ketika nanti segala senjata moden sekarang tidak akan berguna lagi , makanya segala senjata2 seperti keris, pedang dan seangkatannya akan digunakan semula utk menegakkan islam di Bumi Allah ini pada akhir waktunya... Simpanlah senjata2 kamu utk waris2 kamu kelak agar ia memberi manfaat kepada Islam dan Umatnya kelak di Akhir Zaman .....Wallahua'lam....
       
        Sekadar Info Coretan dari Alam Sebelah , Wasalam

Tidak ada komentar:

Posting Komentar